MENU UTAMA

HALAMAN UTAMA
KHUSUS
SEPENUH MASA
BADAN BERUNIFOM
CARA MEMOHON
 

PAUTAN UTAMA

 
IKLANIKA
   KOD KURSUS: L01
   NAMA KURSUS:
  Diploma Tek. Elektrik (Kuasa)
  (Power Electric Technology)
  ADTEC: Shah Alam
  TEMPOH PENGAJIAN: 2 tahun
  PERSIJILAN:
  (i) DKM Tahap 4
  (ii) Diploma Teknologi (DT)

SYARAT - SYARAT  | BIDANG & TEMPOH KHUSUS  | KELAYAKAN | SUKATAN PENBELAJARAN & PEPERIKSAAN | LEMBAGA PEMERIKSAAN PERINGKAT INSTITUSI | PENAL PEMERIKSAAN INSTITUT | KEPUTUSAN PEMERIKSAAN | PENGELUARAN SIJIL | KEBENARAN MENGULANG PEPERIKSAAN / RAYUAN | PERLANTIKAN AUDIT LUAR / LAPORAN | KEGAGALAN MEMATUHI SYARAT

SYARAT - SYARAT PENTAULIAHAN

Pertauliahan ini dibuat di bawah peraturan 49(4) atau 51(4) Peraturan –peraturan Elektrik 1994 mengikut mana yang berkenaan, dan tertakluk kepada kajian semula dari semasa kes emasa oleh Lembaga Peperiksaan Suruhanjaya Tenaga malaysia. Syarat –syarat pertauliahan seperti di dalam buku panduan mestilah dipatuhi sepenuhnya.

KEMBALI

 BIDANG KHUSUS DAN TEMPOH KHUSUS
 
i) AO dan A1 : 2 Tahun
ii) A4-1 dan A4 : 22 Minggu.
 

KEMBALI

KELAYAKAN CALON / PELATIH SEPARUH MASA
 
Pengambilan calon / pelatih untuk kursus-kursus yang telah ditauliahkan hendaklah mematuhi kelayakan, pengalaman dan syarat – syarat seperti yang di peruntukkan di dalam peraturan Elektrik 1994 dan panduan-panduan Lembaga Pemeriksa Suruhanjaya Tenaga dari masa ke semasa.
 
Kursus Separuh Masa

i)AO :
Pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun dalam persekitaran di mana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup.

A1 :
Sebagaimana AO dan satu tahun dalam pengendalian talian atas

A4 – 1 :
Mempunyai sijil kekompetenan Penjana Jentera AO dengan pengalaman selama 1 tahun janakuasa tanpa segerak dan 1 tahun pengalaman dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas atau mempunyai kekompetenan penjaga jentera elektrik kategori A1 dengan pengalaman selama 1 tahun janakuasa tanpa segerak.

A4 :
Mempunyai sijil kekompetenan Penjana Jentera A4 dengan pengalaman selama 1 tahun janakuasa tanpa segerak dan 1 tahun pengalaman dalam pemasangan dan penyelenggaraan talian atas atau mempunyai kekompetenan penjaga jentera ketegori A1 dengan penglaman selama 1 tahun janakuasa segerak atau mempunyai sijil kekomputenan penjaga jentera kategori A4 – 1 dengan pengalaman 1 tahun janakuasa segerak.

ii)Pengalaman kemasukan kursus dinilai dari catitan buku log yang disediakan oleh calon – calon yang telah disahkan oleh orang kompeten dan majikan berdasarkan tempoh pengalaman kerja pada bahagian (i) diatas.

 

KEMBALI

SUKATAN PELAJARAN DAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan hendaklah dijalankan secara teori, amali dan lisan berdasarkan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.dan termasuklah apa – apa pindaan / perubahan dari masa ke semasa.

KEMBALI

LEMBAGA PEMERIKSAAN PERINGKAT INSTITUSI
 
Institusi hendaklah menubuhkan satu lembaga pemeriksa Peringkat Institusi bagi menjalankan segala aktiviti berhubung dengan peperiksaan kekompetenan.Keanggotaan lembaga pemeriksa peringkat institusi hendaklah mengandungi sekurang – kurangnya :
a ) 3 orang pegawai dari institusi - 2 ahli 1 pengerusi ( ahli-ahli terdiri dari pegawai dalam bidang / jurusan yang berkaitan.
b ) 1 orang pegawai dari institusi luar yang ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga.(pegawai dalam bidang/ jurusan yang berkaitan – ahli
c ) 1 orang pegawai dari Suruhanjaya Tenaga – ahli (penasihat)

semasa bersidang forumnya hendaklah sekurang – kurangnya 3 orang (termasuk pengerusi dan seorang pegawai dari institusi luar)
 

KEMBALI

PANEL PEMERIKSA INSTITUSI
 
Bagi tujuan pengubalan soalan, skim markah dan pengendalian peperiksaan Lembaga Pemeriksa peringkat institusi hendaklah melantik panel –panel pemeriksa. Bilangan panel pemeriksa institusi bergantung kepada keperluan dan salah seorang panel tersebut hendaklah dari Suruhanjaya Tenaga ibu pejabat / kawasan yang bertindak sebagai pemerhati.

KEMBALI

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
 
Keputusan – keputusan peperiksaan teori, amali serta lisan adalah terletak kepada Lembaga Institusi. Kertas lembaga yang mempunyai senarai calon – calon yang lulus di dalam peperiksaan tersebut hendaklah dihantar ke ibu pejabat suruhanjaya tenaga, Kuala Lumpur.

KEMBALI

PENGELUARAN SIJIL PENRAKUAN KEKOMPUTENAN
 
Ibu pejabat suruhanjaya tenaga Kuala Lumpur akan mengeluarkan sijil perakuan seperti disenarai dan telah diluluskan oleh lembaga pemeriksa peringkat institusi

KEMBALI

KEBENARAN MENGULANG PEPERIKSAAN / RAYUAN
 
Untuk calon –calon yang gagal di dalam peperiksaan amali / lisan , kebenaran mengulang didalam pepriksaan tersebut diberi kepada dalam tempoh 2 tahun.Sebarang rayuan sama ada dari segi kelayakan atau keputusan peperiksaan hendaklah dibuat melalui lembaga pemeriksa peringkat institusi yang akan memajukan untuk pertimbangan lembaga pemeriksa suruhanjaya tenaga beserta dengan ulasannya.

KEMBALI

PERLANTIKAN AUDIT LUAR / LAPORAN
 
Institusi hendaklah melantik satu panel audit terdiri daripada sekurang – kurangnya 2 orang dengan setiap seorang daripada institusi luar yang telah ditauliahkan oleh suruhanjaya tenaga ( dari institusi tenaga yang berlainan). Untuk kali pertama, institusi perlu mengemukakan laporan daripada panel audit pada tahun ketiga selepas tarikh pentauliahan bermula. Untuk tahun – tahun berikutnya,laporan daripada panel audit hendaklah dikemukakan pada penghujung setiap tahun.
Laporan daripada panel audit akan dijadikan asas, selain daripada pemeriksaan suruhanjaya tenaga sendiri untuk meneruskan, mengkaji semula, membatalkan atau mengantung mana – mana pertauliahan yang diberi

KEMBALI

KEGAGALAN MEMATUHI SYARAT
 
Pentauliahan akan dikaji semula sekiranya terdapat syarat – syarat lain yang tidak dipatuhi.

KEMBALI

 
COPYRIGHT RESERVED DESIGN BY: SANI | HANIE | ROSNANI | SURIATI

©2009 Hakcipta Terpelihara.
Penafian : Pihak kami atidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang
disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Paparan Terbaik Web ini adalah ( IE 6.0 + : 1024 X 768 )